Kabut yang Tercalar

Oleh: Khafiz Bahari

Mendengar akan puisi yang dideklamasikan itu, kepala Pak Sood kembali memikirkan nasib lembu-lembu peliharaannya. Lembu-lembu itu semakin hari semakin kurus kerana bekalan makanan yang berupa rumput dan dedaun segar makin berkurangan. Kawasan ragut lembu-lembu Pak Sood kini sudah digondolkan dan menjadi sebuah kolam yang besar. Jika adapun, daun dan rumput yang semuanya diselimuti oleh debu tanah, merah dan berbau seperti hanyir besi mentah. Terpaksa pula Pak Sood mengurung lembu-lembunya di atas sebidang tanah dan memberikannya filet serta dedaun yang dipotong pada setiap hari. Selain itu, sejak projek perlombongan itu bermula berhampiran ladang Pak Sood, banyak lembu pekebun dan peladang yang lain sudah lari entah ke mana. Berkemungkinan, lembu-lembu itu berasa takut akan bunyi bising jentolak dan lori yang keluar masuk ke kawasan yang berhampiran dengan ladang dan kebun.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *