Tangis dan Hujan

Oleh: Zulaikha Adam

Sewaktu bungkusan kecil itu dihulurkan, Mahani menunjukkan angka dua dengan jarinya. Dia lantas diberikan dua bungkusan. Mahani mahu mengucapkan terima kasih, tetapi kata-kata itu terlekat di kerongkongnya. Berat, tidak terungkap. Mahani segera mencapai bungkusan itu dan ingin cepat-cepat berlalu. Langkahnya ditahan. Ada tangan yang tiba-tiba hinggap di pundaknya. Kemudian, entah dari mana-mana, memantul-mantul cahaya putih yang meyilaukan matanya. Rupa-rupanya, dirinya sedang difoto. Beberapa orang yang lain mula bertindak melakukan hal yang sama, iaitu meletakkan tangan di pundak Mahani dengan penuh gaya dan senyum. Isyarat keamanan, iaitu huruf “V” dibentuk oleh jari-jari mereka. Gaya mereka seperti baru menyelesaikan suatu misi yang cukup penting. Tidak lama kemudian, barangkali selepas puas memotret segala jasa, orang yang banyak itu beransur-ansur meninggalkan Mahani.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *