Rumah Bicara Tukang Cerita Hikayat Puteri Fatmah

Oleh: Syarqawi

Akhirnya, mereka tiba di daratan tanah Buansa. Negeri ini mulai membangun kerana saudagar dari tamadun lain mengayakan ekonominya, manakala orang Buansa hidup sederhana dan menetap di luar pekarangan Istana Sultan Badar, ibarat menagih kebaikan pemerintah. Hadji Dika menerangkan kepada Fatmah tentang negeri itu. Tidak seperti yang diceritakan ibu dan ayah angkatnya, negeri itu dikhabarkan sudah tidak bergolak lagi. Negeri itu membangun di bawah pemerintahan Sultan Badar.  Namun begitu, lain pula yang dirasakan Fatmah kerana dia sudah biasa menjadi rakyat.

Perlahan-lahan Hadji Dika memberitahu tentang tujuan asalnya Fatmah dibawa ke tanah Buansa ini. Menurut Hadji Dika, Sultan Badar itu sebenarnya pak ciknya yang berasal daripada nasab keluarga yang rumit. Bagi mengukuhkan sahibul hikayat baginda, bakal permaisuri mestilah sama darjah kebesarannya. Oleh sebab itu, perkahwinan pun diatur antara mereka berdua, iaitu antara Sultan Badar dengan Puteri Fatmah.

Hati Fatmah mula berkecamuk. Dia terkilan apabila mengetahui tentang rancangan perkahwinan itu. Pada fikirannya selama ini, kepulangannya ke tanah asal hanyalah laksana sirih pulang ke gagang.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *