Kereta Api, Tempoh Bingung, dan Malam-malam Tanpa Bintang di Johor Bahru

Oleh: Haizir Othman

“Kereta Api Bunian” ialah gabungan pengalaman di “rumah” tersebut dengan cerita legenda bercampur mistik yang pernah saya dengar sewaktu di kampung, di Jasin, Melaka. Cerpen ini mempunyai sambungannya, iaitu “Kereta Api Bunian 2”, yang tersiar dalam akhbar Selangor Kini. Sebuah cerpen lain yang bertajuk “Hari Remi Menjadi Rasis” turut tersiar dalam akhbar yang sama. Mengumpulkan kenangan ini dalam bentuk cerpen membolehkan saya mengingat dan mengenang semula pengalaman lalu apabila membaca semula cerpen tersebut.

Taktik yang sama juga saya gunakan sewaktu mengarang “Selepas Asar” dan “Antara Maghrib dengan Isyak”. Kedua-dua cerpen ini saya hantar ke majalah Dewan Tamadun Islam. Kedua-dua cerpen tersebut merakamkan suasana di kampung, iaitu semasa berada di masjid kampung saya ketika menunaikan solat fardu secara berjemaah bersama-sama orang kampung yang punya pelbagai watak.

“Siaran Radio Lewat Pagi” saya jadikan judul kumpulan cerpen yang saya pertaruhkan untuk Sayembara Penulisan 2 ITBM-PENA-BH. Dengan izin Tuhan, kumpulan cerpen ini meraih hadiah sagu hati, hadiah yang pertama bagi saya dalam persada sastera kebangsaan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *