Kecantikan Hati Mengatasi Kecantikan Fizikal

Judul          : Mendung Berarak

Pengarang : Kathirina@Sussana Tati

Penerbit     : Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)

Pengulas   : Chua Pei Yong

Halaman    : 169

Harga         : RM18.00

Apabila bercakap tentang topik kecantikan, kaum yang sinonim dengan hal ini sudah tentunya wanita. Zaman berzaman, kecantikan dianggap sebagai aset yang penting dalam hidup seseorang wanita. Kebelakangan ini, terdapat banyak salun kecantikan dibuka demi memenuhi tuntutan wanita yang ingin tampil menarik, sihat dan bergaya. Tambahan pula, kecantikan turut menjadi ketetapan atau dijadikan syarat dalam beberapa bidang pekerjaan sektor perkhidmatan, seperti kerjaya pramugari, peragawati dan duta produk kecantikan.

Mendung Berarak membawa persoalan utama, iaitu sikap memaafkan kesalahan orang lain yang ditonjolkan dengan jelas melalui sikap Jacinta. Walaupun dia mengenali dan marah kepada orang yang menganiayanya, Jacinta tidak pernah membalas dendam. Selain itu, novel ini menonjolkan sifat hasad dengki yang boleh memusnahkan kehidupan orang lain. Sifat inilah yang menyebabkan Jacinta mendapat penyakit kulit, seterusnya hilang keyakinan diri. Walaupun demikian, Jacinta yakin bahawa kecantikan fizikal bukanlah perkara yang paling utama di dunia ini. Sokongan keluarga menyebabkan Jacinta tidak patah semangat dan terus berjuang untuk menjadi insan yang lebih baik. Novel ini turut memperkenalkan pembaca akan budaya dan kepercayaan kaum Kadazan-Dusun.

 

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *