ProSA Mania TEKAD Realiti yang Dipentaskan

Oleh Azrie Izham Hamzah

Penonton terus dibawa belayar ke dunia “realiti” yang dicipta oleh Tekad. Watak Hairi dijelmakan sebagai seorang pelajar misteri. Rutinnya menyapu sampah dan mengumpul tin. Perbuatannya itu diperhatikan Dian dan Yasmin pada setiap hari. Dian bersungguh-sungguh cuba membongkar rutin yang dilakukan Hairi. Yasmin menasihati Dian agar tidak terlalu menjaga tepi kain orang, tetapi Dian tetap bertekad untuk mengambil tahu.

Kita datang masuk kelas nak belajar, kan!

Ini bila kau duduk, bawah kerusi kau ada sampah.

Studio bersepah. Inikah cara orang seni bekerja?

Bekerja dengan bersepah?

(Hairi)

Kenyataan sosial yang dilontarkan Hairi ini menjelaskan tentang tabiat segelintir pelajar yang tidak peka terhadap kebersihan di tempat mereka menimba ilmu. Berlawanan dengan sikap ini, Hairi bijak mengambil peluang apabila bertindak mengumpul dan menjual barang kitar semula yang dikutipnya pada setiap hari. Dian dan Yasmin teruja dan bercadang untuk menyertai Hairi dalam usaha membersihkan persekitaran kampus.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *