Janji Annisa Episod 9: Perang Elektronik

Oleh: Arifah Othman

“Ukhti Annisa, lihat di sana!” suara Husna memanggil.
Semua mata ikut memandang keluar. Dua buah van memasuki perkarangan sekolah. Beberapa orang kanak-kanak yang berpakaian tidak terurus meluru ke arah keluarga mereka yang menunggu.
Kami turut meluru keluar dan bersilih ganti memeluk anak-anak ini. Ada yang kelihatan sihat, ada juga yang kurus kering. Tubuh mereka luka dan lebam-lebam. Aku terlalu ingin tahu, apakah yang terjadi kepada mereka sepanjang berada di dalam penjara? Namun begitu, kubiarkan dahulu mereka melepaskan kerinduan terhadap keluarga tercinta.
Di sebalik keriangan itu, kulihat si kecil Husna berdiri berseorangan. Dia hanya memandang sekeliling tanpa ditemani oleh sesiapa. Aku segera mendapatkannya.
“Husna, kenapa? Di manakah abangmu, Wael?” aku memandang sekeliling.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 11 2017

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *