Kisah Seorang Peraih Cerita

Oleh Wardah Munirah

Mengapa gadis yang berani semalam, duduk sendiri di sudut taman? Setelah meletakkan kereta, saya melintasi jalan kecil menuju gadis. Saya berdiri di depannya. Saya tahu dia menyedari kehadiran saya walau tidak mendongak.

Mengapa gadis yang berani semalam, duduk sendiri di sudut taman? Setelah meletakkan kereta, saya melintasi jalan kecil menuju gadis. Saya berdiri di depannya. Saya tahu dia menyedari kehadiran saya walau tidak mendongak.

Saya melabuhkan punggung di sebelahnya. Wajah gadis suram. Tubir matanya bergenang.

“Adik, ada masalah?” Saya memulakan bicara.

Gadis diam. Tiada tanda mahu menjawab Sekumpulan remaja lelaki memasuki taman permainan. Seorang daripada mereka memegang kayu pemukul. Saya tahu, mereka akan bermain rounders.

Gadis bingkas bangun.

Tanpa memandang ke arah saya, gadis langsung berjalan. Saya pantas memegang tangannya.

“Maafkan kakak jika mengganggu. Kakak nampak adik membaling batu ke arah peragut semalam.” Saya mengukir senyum mesra. Mahu dia tahu, saya ikhlas berbicara dan kagum akan keberaniannya.

Jeda.

Dia masih tidak mengendahkan saya.

“Adik ada masalah?”

“Kakak tidak akan faham,” jawab gadis dan terus melangkah.

“Kakak akan faham, jika adik beri peluang.”

Gadis berhenti tanpa menoleh. Jari-jemari runcing mengesat hujung hidung yang merona merah. Saya hulurkan sehelai tisu. Dia menghela nafas. Saya mendengar dengan jelas, berat amat udara yang terlepas.

“Mari, kita ke sana.” Saya memegang bahu gadis. Saya pasti, dia punya hasrat untuk meluahkan resah. Walaupun payah, gadis perlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Saya yakin begitu.

___

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2011. Sila dapatkan di pasaran sekarang.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *