Penulis Muda ke Arah Sasterawan Negara

Bercerita tentang dunia penulisan, tidak dapat lari daripada menerima penghargaan dan pengiktirafan. Hadiah yang diterima hasil penglibatan penulisan sastera tanah air merupakan satu pengiktirafan terhadap kerja penulisan tersebut. Tambahan pula pengiktirafan tersebut datangnya daripada kerajaan. Melalui Anugerah Sastera Negara, kerajaan mengiktiraf sasterawan ke peringkat paling tinggi. Penerimanya dinobatkan sebagai Sasterawan Negara (SN). Sehingga kini, negara telah mempunyai 11 orang SN.

Sebagai penulis muda yang dianggap angkatan pelapis, mereka ini sebenarnya telah mendapat banyak kelebihan dan kemudahan dalam mengasah bakat penulisan. Karya 11 orang SN  menjadi sumber rujukan dan penelitian penulis muda dalam membina landasan untuk berkarya. Sebagai contoh, karya SN Arenawati, Pada Sayap Burung Elang (2010), sepatutnya telah dibaca oleh penulis muda. Di samping itu, bengkel penataran penulisan yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak merupakan ruang dan peluang penulis muda untuk pergi lebih jauh dalam penulisan. Begitu juga dengan kepesatan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memungkinkan mereka ini memperoleh pelbagai ilmu baharu yang lebih ke hadapan.

Maka itu, kesemua kelebihan tersebut membuatkan penulis muda sepatutnya lebih unggul dan hebat. Kelebihan ini boleh mempercepat kematangan dan kedewasaan kepengarangan penulis muda. Mungkin Anugerah Sastera Negara pada masa akan datang dapat dimiliki oleh penulis yang berumur bawah 45 tahun. Oleh itu, Tunas Cipta kali ini memfokuskan ciri-ciri penulis muda ke arah SN.

-Ruslan Abdull Raffar

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *