Pembacaan dan Penghayatan Ibarat Lagu dan Irama

Sesungguhnya, manusia membaca sesuatu karya dengan tujuan tertentu. Ada orang yang membaca semata-mata untuk lulus peperiksaan. Ada yang membaca untuk mencari hiburan dan tidak kurang juga yang membaca untuk menambahkan pengetahuan umunya atau untuk mengikuti perkembangan dalam sesuatu bidang ilmu atau profesion yang diminati. Pembacaan menjadikan manusia berisi dengan ilmu, cara berfikir dan pandangan hidup yang luas, kritis dan rasional.

Hakikatnya, membaca sesuatu karya memang mudah, tetapi untuk menghayati karya tersebut tidaklah semudah seperti membacanya. Jika tiada penghayatan, apa-apa yang dibaca oleh pembaca tersebut tidak meresap ke dalam jiwanya. Sebagai akibatnya, pembacaan tersebut dapat dikatakan gagal kerana lazimnya mereka yang tidak merasai dan menghayati sesuatu pembacaan tidak akan berjaya menemukan makna yang ingin disampaikan.

Oleh itu, walaupun negara seharusnya menerbitkan 26 ribu judul buku setahun, jumlah yang besar itu tidak membawa apa-apa makna jika pembaca hanya sekadar membacanya sahaja dan tidak menghayatinya. Pembacaan tanpa penghayatan bagai irama tanpa lagu.

Armin Azhari Saleh

___

Rencana ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2011.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *