Menulis Itu seperti Melombong Permata

Oleh: Bahruddin Bekri

Menulis daripada hati itu seperti memperoleh permata mentah dari lombong. Pelombong perlu tahu akan tanah yang mahu dilombongnya dan perlombongan memerlukan teknik. Kemudian permata mentah itu perlu pula dipotong dan teknik memotong itu juga perlu dimahiri. Barulah permata tadi menyerlahkan keindahan dan nilainya.

Begitu jugalah penulisan. Menulis daripada hati itu seperti melombong permata. Benarlah kamu sudah menulis daripada hati, tetapi daripada hati yang berwarna apa? Gelap atau putih? Selepas itu, kamu tetap memerlukan teknik untuk menjadikan tulisan daripada hati itu menyerlah keindahan dan nilainya.

Namun begitu, yang paling utama, apakah yang “dilombong” itu memang permata yang berharga atau batu yang tidak berguna? Walau sehandal mana pun teknik “memotong permata”, sekiranya permata tidak berharga, permata tetap tidak bernilai meskipun indah dipandang mata. Itulah yang saya pegang, dan apa-apa yang saya pegang itu, kisahnya bermula begini.

___

Rencana ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2011.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *