Platform Siri 19

Oleh Aminah Mokhtar

Aminah Mokhtar lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah pada peringkat STPM, beliau ditawarkan berkhidmat sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini, beliau bertugas sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau boleh menulis dalam semua genre. Namun yang paling menyerlah ialah genre cerpen dan novel. Beliau pernah memenangi kategori cerpen dalam Hadiah Sastera Utusan 1999, Hadiah Sastera Perdana 1998/1999, Anugerah Formula Malaysia 2000, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000 dan 2001, Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 dan 2005, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001, Hadiah Sastera Utusan-Exxon 2002, Hadiah Sastera Berunsur Islam dan Sayembara Menulis Cerpen Sempena 50 Tahun Merdeka DBP. Dalam genre novel, beliau telah memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Diari Seorang Jururawat), Hadiah Pertama Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 (Dominasi Tebrau), Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Iman Markisa), Hadiah Sako 2001 (Iman Markisa), Hadiah Sastera Novel Sejarah dan Tradisi Johor 2005 (Tanah Penuh Embun) dan Sayembara Mengarang Novel Jubli Emas Merdeka 2008 (Merdekakan Cinta).

Sudah dilakukan percubaan demi percubaan dan bermacam-macam lagi cara untuk memahami keadaan dirinya. Semakin difikirkan, fikirannya semakin kacau-bilau, hatinya semakin huru-hara. Dia rasa, dia memang sudah kalah. Dia tidak nampak adanya jalan keluar untuk dia menyelesaikan kemelut yang semakin berlingkar-lingkar dan membelit kejap hidupnya.

___

Rencana ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2011.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *