Jurutera Bertukar Kerjaya Menjadi Editor

OLEH HAFIZUL OSMAN

Kadang-kadang saya acap kali mentertawakan diri sendiri apabila teringatkan zaman itu kerana saya memberikan jawapan yang lain daripada yang lain apabila diajukan soalan yang sama, “Saya mahu menjadi sasterawan!”

Minat dalam penulisan bermula apabila saya sering mengunjungi kutub khanah di Tadika KEMAS di kampung saya, Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah. Bersama-sama kakak saya, kami sering meminjam novel-novel siri penyiasatan yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, seperti Hardy Boys, Nancy Drew dan Famous Five EnidBlyton (Lima Penyiasat Enid Blyton). Bermula dari situ, saya berjinakjinak mengarang novel penyiasatan sendiri yang dinamakan Siri Kamil. Tanpa bantuan teknologi seperti komputer dan internet, saya hanya menggunakan buku tulis dan pen untuk menghasilkan 10 buah novel penyiasatan.

Sayangnya, novel itu tidak dapat dikesan dek dimakan anai-anai dan kemungkinan sudah pun hilang. Penghasilan novel ini merupakan titik permulaan kepada saya untuk terus bergiat dalam dunia kesusasteraan Melayu yang penuh warna-warni dan mencabar.

Rencana ini dipetik daripada Tunas Cipta Mac 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *