Pembikin Filem Pendek

AHMAD MUZZAMMIL

Menjejak ke sekolah rendah, minat membaca saya mula meluas. Saya mula membaca siri Famous Five oleh Enid Blyton, yang terjemahannya, Lima Sekawan. Namun begitu, masalah ketika di sekolah rendah, kami Cuma dibenarkan meminjam sebuah buku dalam tempoh seminggu. Sepupu saya yang ketika itu berada dalam darjah lima telah meminjamkan buku untuk saya. Ketika berada di sekolah menengah, minat terhadap penulisan mula tumbuh. Pada masa itu, saya mula mendekati lirik hasil nukilan penulis lirik terkenal, Loloq, atau nama sebenarnya Rosli Khamis, daripada lagu-lagu ciptaan M. Nasir.

Ketika berada di sekolah menengah juga, saya mula berjinak dengan penulisan puisi dan cerpen. Oleh sebab pengetahuan tentang sastera begitu terhad, saya hanya mampu membaca karya sastera melalui akhbar, seperti Berita Minggu dan Mingguan Malaysia.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, saya ditawarkan kursus Diploma Penulisan Seni Layar di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FTKA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

___

Rencana ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *