Penulis Muda Bukan Melayu di Pentas Sastera Kebangsaan

OLEH RAMAKRISHNAN A/L RAMASAMY

Keinginan untuk menulis puisi mula berputik setelah membaca karya puisi yang

tersiar dalam majalah DS. Saya mula menulis secara bersahaja dengan mencoret apa-apa sahaja yang bermain dalam minda saya. Hasil nukilan itu, saya persembahkan kepada guru Bahasa Melayu untuk dikomen dan mendapatkan nasihat beliau. Nasihat dan tunjuk ajar beliau amat membantu saya untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Bagi saya, ilham atau idea untuk menulis puisi ada di sekeliling kehidupan seharian yang kita lalui. Tidak perlu pergi tepi pantai atau mengurung diri di dalam bilik seharian suntuk untuk mendapatkan ilham. Adakala secara spontan ilham itu singgah di kotak pemikiran. Adakala terlalu ghairah untuk menulis sehingga ilham dan idea yang ada tidak dapat dicernakan dalam bentuk tulisan. Paling mudah menulis memuji keindahan alam. Tidak sukar dan mudah bagi sesiapa sahaja untuk memuji keindahan alam. Tidak dinafikan ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa perlu dalam menghasilkan karya. Saya akan cetuskan suasana itu dan mula menulis mengikut kreativiti sendiri. Tiada waktu yang khusus untuk menulis, jika idea sudah tercetus dalam fikiran, saya akan terjemahkan terus ke dalam bentuk karya yang ingin dihasilkan.

___

Rencana ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *