Jeruk Kemaman

OLEH HAFIZUL FAIZ

Wa Mariah membuka periuk nasi. Masih terdapat saki baki nasi yang sudah dua

hari sengaja dibiarkan. Maka, Wa Mariah pun mengambil nasi yang hampir basi itu dan dimasukkan ke dalam balang yang dipenuhi kemaman  dan air. Bagi satu balang yang kecil, kemaman hanya memerlukan sesudu garam dan segenggam nasi.

‘Ops … lupa. Juadah makan malam belum disiapkan. Nanti suaminya balik dari surau, pasti terketar-ketar ke dapur mencari makanan,’ getus hatinya. Wa Mariah mengambil seikat pucuk gajus, jantung pisang, jeruk petai, pucuk meletup dan jeruk kemaman untuk dijadikan ulam sebagai hidangan wajib.

Satu lagi hidangan wajib mereka; Wa Mariah mengambil lesung, beberapa biji cabai Melaka, sedikit garam dan ditumbuk hingga hancur. Lalu diperah asam limau nipis dan air asam jawa. Pengat ikan temenungsudah masak lalu dimasukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Bunyi geseran kerusi mengejutkan Wa Mariah.

___

Rencana ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *