Mayang Gentas

OLEH AIDAMARNI SALLEH

Suara burung ruak-ruak sahut menyahut. Sesekali bunyi itu ditenggelami sorak gembira Aki dan kawan-kawan. Mereka begitu seronok berkubang membersihkan badan yang dicemari lumpur. Sumur yang tadinya jernih, kini menjadi keruh.

“Hoi, budak!” Suara garau Pak Karim menjerkah dari jauh.

“Lari!” tempik Tayib.

Ma s i n g-ma s i n g  be r l a r i terkontang-kanting. Semakin jauh berlari, semakin deras denyut nafas Aki naik dan turun. Kawan-kawan yang lain hilang entah ke mana. Aki memperlahankan langkah sambil membetulkan baju di bahunya. Sesekali diangkatnya beg plastik berisi siput yang dikutip di sawah Pak Karim tadi. Aki tersenyum puas. Nasib baik dia sempat menyambar beg plastik yang diletakkan di permatang sawah sebelum melarikan diri daripada Pak Karim.

“Mak! Ooo mak! Aki kutip siput!” jerit Aki dari serambi belakang rumah.

“Oi!” Emak menyahut tanpa menunjukkan muka.

Aki mencurah siput ke dalam besen. Kemudian, dia mencurah setimba air ke dalamnya. “Esok mak gulaikan siput ni ya. Nanti Aki ambilkan daun kadak kat rumah Mak Lijah. Abang Hisyam suka makan gulai siput kan, mak?” jerit    Aki lagi sambil  menjirus badan dengan air telaga yang dikarainya.

___

Cerpen  ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

One thought on “Mayang Gentas

  • April 1, 2014 at 3:54 am
    Permalink

    Assalamu’alaikum Wrt. Wbt.

    Boleh saya tahu untuk penerbitan cerpen Tunas Cipta, tema dan genre yang bagaimana akan diterima dan diwar-warkan oleh pihak Tunas Cipta?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *