RANTAI DENDAM

OLEH MUHAMMAD SYAMSURI OMAR

Titis air mata langit yang hinggap di pipi Sang Arjuna, yang menghentikan lamunan

sejenaknya. Syad mendongak ke langit. Hari hendak hujan. Tetapi hatinya sudah lama dilanda bah. Pawana menghembus kencang di aras puncak bangunan Menara Kembar Petronas di bandar raya Kuala Lumpur. Suasana di kota hiruk-piruk, tetapi di atas ini sunyi heningnya, sesunyi isi hati Syad. Kelihatan raut wajahnya tampak sayu. Renungan tajam dilemparkan ke langit malam. Dengan sekuat-kuat hati, dia melaung. Menggigil, genggam tangan, menahan marah.

Laungan berbaur syahdu itu mengundang kehadiran dua orang tamu. “Syad, kau tak apa-apa?” tegur seorang lelaki berpakaian sut kulit hitam.

Lelaki yang lagaknya seperti pengawal peribadi itu muncul dari pintu di atas bumbung, ditemani wanita yang jelita. Lagaknya sama seperti lelaki itu.

Syad diam. Air matanya menitis. Kedengaran ketapan gigi Syad menahan amarah. “Aku tak apa-apa, Fakhar. Bagaimana perkembangan pergerakan mereka? Ada apa-apa maklumat Masonic?” tanya Syad seraya menyapu air matanya.

___

Cerpen  ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *