Suara Kejujuran Penyajak dan Ketidakjujuran

OLEH A. HALIM ALI

Kehidupan Kota Menghalusi dan mengamati sajak keluaran Tunas Cipta (TC), Mac 2012, fikiran pembaca diajak merenungi dan menghargai kejujuran hati manusia dalam beberapa hal. Tidak mudah bagi seseorang mengakui kelemahan diri, rahsia peribadi atau hal-hal

yang sensitif. Kesediaan mengakui hal-hal ini memerlukan tahap kejujuran yang tinggi.

Kejujuran merupakan suara hati yang membenarkan kebenaran melewati segala kepentingan. Manusia yang jujur ialah manusia yang tidak khuatir kehilangan sesuatu kerana kebenaran, malahan mereka berasa lebih puas jika dapat menyatakan suara hati yang membenarkan sesuatu kebenaran itu.

Menelusuri hakikat kejujuran dalam sajak “Buih Keinsafan” karya Hanim Musa; “Kasih dan Sayang” karya Normaliza Azman Mah; “Akukah Pejuang?” karya Rabiatul Adawiah Ab. Samad; “Terindah” karya Ramakrishnan a/l Ramasamy, “Senyuman Manismu” karya Soh Li Wen; “Tirai Baru” karya Farahana Hussain dan “Pabila Rindu Sudah Bertamu” karya Faiz Suhaime.

___

Ulasan  ini dipetik daripada majalah Tunas Cipta, April 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *