Tiada Sempadan dan Halangan

Abdul Ghani Abu

Hadiah Nobel diperkenalkan oleh Alfred Nobel pada tahun 1896. Hadiah tertinggi di dunia ini menghargai sumbangan tokoh yang menyumbang kepada perkembangan tamadun manusia, sama ada dalam bidang kesusasteraan, sains, ekonomi, fizik, kimia, psikologi, perubatan dan keamanan.

Pada tahun 1901, penganugerahan pertama Hadiah Nobel Kesusasteraan diberikan kepada Sully Prudhomme. Sepanjang tempoh 111 tahun penganugerahan ini, beberapa nama besar Asia tersenarai. Antaranya termasuklah Rabindranath Tagore dari India (1913), Yasunari Kawabata dari Jepun (1968), Naguib Mahfouz dari Mesir (1988), dan Gao Xingjian dari China tetapi berkerakyatan Perancis (2000) dan Orhan Pamuk dari Turki (2006).

___

Dipetik daripada Tunas Cipta, Mei 2012.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *