Gagasan Jurutera Fityan

Asmidar Alias

Kalau bukan mata sendiri menyaksikan Az-Zahra Talib yang tersenyum bangga di pentas Istana Budaya, catatan ini tidak dimulakan. Dia jurutera awam yang sama-sama mengambil sampel ketika usaha membersihkan Lubuk Yu daripada bakteria Melioidosis dan  Leptospirosis. Dia rakan sekuliah yang kempunan berbuka puasa dengan nasi kukus ayam dara apabila motor terjatuh betul-betul di hadapan

lampu isyarat. Waktu hanya berbaki lima minit sebelum masa berbuka. Entah bagaimana Zahra yang selalu bangga diri sebagai jaguh motor, hilang kawalan. Nasi bertaburan di atas tar. Ayam dara berselepat pasir. Hari bersejarah itu membuatkan satu rumah terdiam tatkala berbuka dengan hanya mengunyah nasi kosong dicurahkan kicap.

___

Dipetik daripada Tunas Cipta, Mei 2012

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *