Sejarah yang Tertugu Di Hati

Nadiah Zaini

Di dalam kedai buku terpakai, kelihatan seorang anak muda Melayu sedang membelek buku yang agak tebal. Menerusi dinding kaca, jelas dilihat ketekunan anak muda itu membaca kandungan buku itu. Zakir yang kebetulan lalu di hadapan kedai tersebut hanya memerhatikan sahaja gelagat anak muda itu. Dia tersenyum. Dia tidak dapat meneka apa-apa yang istimewanya kedai buku terpakai itu sehinggakan Haris singgah di kedai itu pada setiap hari.

The Red Whee l barrow Bookstore bukanlah kedai yang boleh digambarkan seperti kedai buku Borders, mahupun MPH Bookstore. Kedai buku tersebut hanyalah kedai kecil yang suram dan sunyi. Tidak banyak pelanggan yang berkunjung ke kedai buku tersebut, mungkin disebabkan persaingan daripada kedai buku besar yang lain.

___

Dipetik daripada Tunas Cipta, Mei 2012

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *