Rumah Di Tepi Sawah

Roslan Daud

Aku pernah diajar oleh pengalaman bahawa hidup ini anugerah. Anugerah daripada Allah Yang Maha Esa. Anugerah yang memerlukan kita mengisi makna kepada setiap nafas yang dihela. Persis kita mengisi perut dengan nasi. Sama seperti kita mengisi tempayan dengan air kali. Tanah pula ialah lambang maruah. Aku sedar perkara itu. Maruah yang tidak mungkin dijual beli. Maruah yang tidak boleh ditukar ganti. Sungguh, aku sedar benar!

Tanah. Maruah. Rumah. Anugerah.

Tanah yang terdiri daripada rumah kecil di tepi sawah ini sejarahnya panjang. Terlalu panjang. Dahulunya, tempat ini hutan belantara. Pohon seperti tetiup, kelat dan mempelas tumbuh meliar di hutan ini. Semuanya bagai berlumba-lumba mencapai mentari, ingin merebut takhta sang juara. Tinggi dan rimbun. Masakan tidak, tanahnya sejuk dengan dingin air yang mengalir. Membasah lingkaran akar yang memang haus.

___

Dipetik daripada Tunas Cipta, Mei 2012

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *