Kota Perasaan oleh Munirah Ghzali

Kota perasaan. Satu gelaran yang boleh aku berikan kepada kota ini. Kota yang menghadirkan pelbagai perasaan dalam diri aku. Kota yang tidak kenal erti penat inilah yang memaksa aku untuk menelan pelbagai perasaan. Kota inilah yang mengajar aku untuk mengurus perasaan dengan petunjuk dari-Nya. Kota ini terkenal dengan nama gelarannya negeri Syams atau nama sebenarnya Jordan.

Terlalu banyak jika ingin diperincikan satu persatu perasaan yang hadir. Antara yang biasa kita rasa ialah gembira, bahagia, rindu, sedih, sakit, pedih, takut dan banyak lagi. Eh, bukankah gembira sama sahaja maknanya dengan bahagia. Sedih, sakit dan pedih bukankah membawa maksud yang sama? Tidak kawan, mungkin secara literalnya membawa maksud yang sama, tetapi secara konseptualnya boleh berbeza bagi setiap insan dan bagi aku, semuanya membawa maksud yang berlainan.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta, April 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *