Mendidik Kanak-kanak dengan Nilai Murni oleh Naimi Hafeez

Judul: E-mel dari Shinjuku

Pengarang: Ariff Mohamad

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Harga: RM12.80

Buku E-mel dari Shinjuku oleh Ariff Mohamad telah diangkat sebagai pemenang bagi kategori Kumpulan Cerpen Kanak-kanak pada Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (HSPM). HSPM 2013 telah diadakan pada 21 November 2014 di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. HSPM merupakan majlis sastera berprestij yang sudah diadakan bermula pada awal tahun 1970-an dengan tujuan untuk menghargai karya penulis tanah air.

Buku kumpulan cerpen ini mengandungi 15 cerpen bertemakan kanak-kanak. Cerpen yang termuat dalam buku ini adalah seperti “Serangkap Pantun di atas Meja”, “Misteri Banglo Putih”, “Semangat Hang Tuah”, “Detektif Izwan”, “E-mel dari Shinjuku”, “Komputer Idamanku”, “Nenek Bercerita”, “Budi Baik Dikenang Jua”, “Nini”, “Hadiah untuk Cikgu siti”, “Arogan dari Planet Zatura”, “Rahsia Sekeping Potret”, “Memilih Mimpi”, “Sesat di Hutan” dan “Menanti Hujan Berhenti”.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta, April 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *