FIGURA: Pertemuan oleh Muzaf Ahmad

Aufa Humaira menyeka langsir kamarnya. Dia menguakkan tingkap bilik dengan perlahan-lahan. Angin lembut berlumba-lumba masuk. Begitu juga dengan cahaya suria yang berkilau menembus masuk ke ruang, memantul ke dinding dan menyinari seluruh kamarnya yang kecil itu.

Gambar keluarga yang tergantung di dinding bilik seakan-akan bersinar saat terkena pantulan cahaya. Aufa tersenyum tatkala menyeluruhi potret itu. Dia menghadap cermin dan senyum kembali. Dia senyum kepada dirinya sendiri, sambil bersiap-siap untuk keluar. Senyum kepada diri sendiri mengembalikan semangat dan keyakinan yang tinggi.

Dia tiba di Kafe Phoenix dengan jantung yang kian berdegup cemas. Saat dia melangkah masuk, seorang pemuda berkemeja biru dan bercelana hitam sigap menghampirinya. Aufa Humaira terundur selangkah sambil terpinga-pinga.

“Oh, maaf!” ujar pemuda itu. “Salam perkenalan, Aufa Humaira. Saya Jabari,” sambungnya lagi diiringi senyuman.

Pemuda yang rambut beralun paras bahu, bertubuh tegap dan berhidung mancung itu mesra menjemputnya duduk. “Baiklah. Saya akan berterus terang tentang tujuan saya menghantar e-mel kepada awak semalam.”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta, April 2015.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *